Total Pageviews

Tuesday, January 5, 2016

TAHUN 2016 ADALAH TAHUN MALANG BAG I RAKYAT MALAYSIA


Wednesday January  06 2016


OLEH: SHAIMON S JUMADI
http://sabahinsider14.bglogspot.com

PADA tahun 2016 ramai di kalangan rakyat yang berpendapatan  rendah akan mengalami keperitan dalam mengharungi kehidupan seharian kerana beban yang ditanggung terlalu berat akibat kos sara hidup terlalu tinggi.


 
Sebagai contoh beras subsidi iaitu beras nasional telah dihapus sekarang tiada lagi harga beras 10kg dijual di mana-mana kedai dengan harga RM20.00 10kg  melainkan beras biasa dengan harga RM25.00 hingga Rm27.00 10kg.

Kebanyakan harga barang-barang runcit dan barang-barang keperluan harian walaupun naik antara 20 sen hingga 50 sen setiap satu jenis barang kalau beli banyak memang bertambah jumlahnya.

Untuk pengetahuan anda sekarang harga sayur-sayuran tiada dijual dengan hyarga RM1.00 semua para penjaja menjual dengan harga RM2.00 baik dijual diluar dan dalam pasar.

Sedangkan pucuk ubi, genjer dan  kangkong yang dikutip tepi-tepi jalan kini jual RM2.00 satu ikat sedangkan  tiga jenis sayur itu adalah tumbuh liar pun  mahal juga.


Kalau harga ikan sekarang paling murah 1kg RM3.00 iaitu ikan Tamban dan ikan Kuaci lain-lain ikan harganya paling murah RM5.00  1kg

Apa lagi kalau ikan air tawar seperti ikan Tapa  ikan Talapiya, ikan Patin dan ikan Haruan  harga 1kg antara RM12.00 hingga RM15.00 sementara ikan Keli ikan karuk (puyuh) ikan lontong,dan ikan putian harga 1kg. RM10.00 sementara ikan ubi 1kg harga dipasaran RM30.00.

Daging lembu grade satu RM18.00 1kg grade 2 harga  RM15.00 dan grade 3 harga RM12.00 grade 4 RM11.90sen 1kg.


Pendek kata sekarang kena pandai berjimat cermat kalau berbelanja biarlah berhemah jangan ambil sembangan  belilah barang-barang yang perlu saja.






Monday, November 16, 2015

PENDUDUK PEDALAMAN MASIH DAHAGAKAN KEMUDAHAN ASAS

OLEH: THOMAS SUNGGIUK
FOTO: KUDING KING TII

WALAUPUN seluruh rakyat Sabah telah mengecapi kemerdekaan menerusi gagasan tanah persekutuan Malaya pada 16hb September 1963 hingga kehari ini sudah menjangkau usia 52 tahun dan tidak dinafikan memang banyak pembangunan infrastruktur tumbuhan seperti cendawan di sana sini   seperti kemudahan-kemudahan asas yang telah disaluran oleh pihak pemerintah yang telah dinikmati rakyat.

Namun pada hakikatnya penduduk yang masih tinggal diluar bandar  khususnya di kawasan pedalaman masih banyak yang dahagakan kemudahan-kemudahan asas antaranya Jalan Raya bekalan air bersih (paip Air) juga bekalan elektrik.


Tetapi kemudahan-kemudahan lain  seperti sekolah, gereja,Surau.Masjid dan klinik-klinik desa tidak pula tidak nafikan memang wujud disesetangah kawawan.

Demikian dijelaskan sendiri oleh Dato Seri Paduka Dr Kemellia Hassan seorang aktivis masyarakat yang juga selaku Pengerusi Ahli Lembaga The Sabah Insider ketika memberi pandangan yang positif mengenai kemajuan dalam aspek pembangunan infrastruktur di Sabah.

“Saya sebentar tadi telah menerima beberapa keping gambar yang dipost melalui laman social oleh rakan FB bernama Kuding King Tii dengan sekali faktanya mengenai keadaan jalan raya di Kuala Pengsiangan yang begitu teruk sekali sukar untuk dilalui oleh kenderaan-kenderaan kecil melainkan kenderaan pacuan 4 roda saja untuk sampai ke kampung berkenaan.

Dalam konteks ini jelas masih ada penduduk di negeri Sabah khususnya di mukim Pengisangan yang masih ketinggakan jauh dakam serba-serbi pembangunan asas.

Sebagai Wakil Rakyat mahupun Ahli Parlimen di kawasan berkenaan harus peka dengan segala rintihan orang kampung yang tinggal dikawasan pedalaman yang terpencil mereka juga sebahagian rakyat dan anak jadi tempatamn Sabah dan juga merupakan pengundi.


Adalah diharap bila tersiarnya berita diportal ini semoga akan mendapat perhatian dari mana-mana pihak khusus kerajaan Barisan Nasional (BN) sejajar dengan slogan Rakyat didahukukan-Pencapaian diutama dan konsep 1Malaysia.




Monday, June 15, 2015

ZAKARIA ....MINTA JPS ATASI SEGERA HAKISAN SUNGAI GUM-GUM



OLEH: LEE KON CHY@ ABDULLAH LEE


GAMBAR MENUNJUKKAN.....Sebahagian jalan yang sudah runtuh akibat hakisan yang berlaku pada tebing sungai di Kampung Gum Gum

 

GUM-GUM:-  Ahli  Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri supaya mempercepatkan pelaksanaan kerja-kerja menangani masalah hakisan pada tebing sungai  di Kampung Gum Gum.

Beliau berharap pihak JPS akan segerakan melaksanakan projek berkenaan setelah sebahagian jalan di kampung tersebut runtuh dan tidak dapat dilalui kenderaan akibat hakisan yang berlaku pada tebing Sungai Gum Gum.

Menurut Zakaria yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, terdapat beberapa buah rumah yang terletak di tebing sungai turut terjejas dan ini membahayakan keselamatan penghuni-penghuni berkenaan.

Antara usaha yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan untuk menangani masalah hakisan pada tebing Sungai Gum Gum ialah pembinaan tembok Gabion lebih dari 120 meter panjang oleh JPS.


Masalah hakisan itu dilaporkan mula berlaku setelah hujan turun berterusan awal tahun ini. Pihak JPS serta pegawai dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) DUN Gum Gum telah pun membuat pemeriksaan untuk mengenalpasti lokasi yang terjejas.

Ini merupakan tindakan susulan dari tinjauan  Zakaria ketika beliau turun padang untuk melihat sendiri baru-baru ini masalah berkenaan setelah diajukan kepada beliau oleh penduduk kampung.




Tuesday, May 19, 2015

PEMIMPIN MASYARAKAT PERLU BERI LAPORAN KEPADA ESSCOM JIKA ORANG LUAR MENCURIGAKAN.....GESA ZAKARIA

OLEH: AZMI AZMAN


GUM-GUM:-  Pemimpin-pemimpin masyarakat di perkampungan pesisiran pantai dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gum Gum diminta menyalurkan maklumat berhubung kehadiran orang luar atau individu-individu yang mencurigakan di kawasan mereka kepada pihak keselamatan atau ESSCOM.

Bercakap selepas  beliau merasmikan program Hari Keluarga Kampung Semawang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris mengingatkan  para pemimpin masyarakat agar tidak melindungi sebarang kegiatan jenayah atau Pendatang Tanpa Izin (PATI) di kawasan masing-masing.

“Masyarakat perlu terus bekerjasama dengan pasukan keselamatan dan ESSCOM dengan memberikan maklumat agar sebarang ancaman dapat ditangani,” tambah Zakaria yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri.

Kata beliau lagi, pihaknya tidak akan berkompromi jika didapati terdapat pemimpin yang melindungi sebarang kegiatan jenayah atau Pendatang Tanpa Izin (PATI) di kawasan masing-masing memandangkan perbuatan itu menggugat keamanan dan ketenteraman awam.

Zakaria juga menasihati penduduk-penduduk pesisir pantai dalam kawasan DUN Gum Gum supaya tidak panik ekoran kejadian penculikan dua rakyat tempatan di Restoran Ocean King di Pasir Putih Khamis lepas.


“Keadaan keselamatan di pantai timur Sabah termasuk Sandakan masih terkawal dan pasukan keselamatan dan ESSCOM telah mempertingkatkan langkah-langkah keselamatan di perairan ESSZONE,” tambah beliau.

Beliau mahu masyarakat di pesisiran pantai khususnya Ketua Kampung serta pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) agar sentiasa peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling di perkampungan masing-masing.

Monday, May 18, 2015

MELENGAH-LENGAHKAN MASA KERJA DIANGGAP PERANGAI BURUK KEPADA SIPELAKNUNYA

KERJA BERLENGAH-LENGAH
TIDAK BERDISPLIN DAN MENIPU
marah anak sindir menantu~

NUKILAN NURLIYANA ABDULLAH

BEKERJA dengan manusia tidak berdisiplin atau yang melengah-lengahkan kerja harian memang susah dan budaya melengah-lengahkan kerja ini sudah menjadi budaya di rumah dan kemudian dibawa ke tempat kerja memang sesuatu yang dianggap BURUK PERANGAI dan sepatut atasan mengambil tindakan secara tegas agar tidak menjadi ikutan yang lain.
Budaya Jepun cukup tepat waktu dan datang kerja jam 8:00 pagi misalnya dan baliknya juga tepat makna jika berkerja sehari 8 jam maka kena akur waktu itu dan sesiapa yang lewat seminit atau suka balik awal/curi tulang kena tulis surat tunjuk sebab dan jika 3 kali berulang tanpa mahu perbaiki maka terbaik sila berhenti atau majikan kena bertindak pecat.
Ketua juga kena tunjuk disiplin sebab ketua itu merupakan contoh buat bawahan dan jika ketua juga suka mengakal, maka yang di bawah juga akan melakukan apa yang ketua lakukan dan jangan fikir sendiri sebagai ketua boleh melakukan sesuka hati apa dimahu.
Soal tidak datang kerja satu hal dan paling buruk ialah ada yang tidak mengikut peraturan seperti bercuti tanpa mengisi borang dan tanpa kelulusan dan ini satu perbuatan yang salah.
Harusnya isi borang dan pastikan ketua sain dan baru bercuti.
Yang bercuti duluan tanpa kelulusan itu boleh diambil tindakan tatatertib dan kena keluarkan surat tunjuk sebab kepada yang berkenaan.
Kekadang tidak mengisi borang ini biasanya niat agar tiada siapa ingat dan semula cuti dikumpul seolah tidak mengambil cuti dan ini biasa dilakukan oleh yang suka mengakal alias menipu dan paling buruk ada yang pura2 sakit padahal sebenarnya tidak sakit.
Kita jangan lupa bahawa kita ini digaji sekian banyak dengan kerja sejumlah 8 jam sehari dan gaji itu adalah halal tetapi jika berkerja waktu tak cukup dengan alasan menghantar ambil anak atau masalah bas dan sebagainya maka itu bukan jawaban yang boleh diterima terutama sekali jika berulang-ulang melakukan hal sama.
Saya memerhatikan di sana sini masalah disiplin ini cukup buruk baik di pejabat kerajaan atau swasta termasuk syarikat dan kalau ini terus dibiar tanpa tindakan agressif, maka agensi, pejabat atau syarikat itu bakal rugi kesan menggaji manusia yang tidak berguna kesan tidak berdisiplin.
Top of Form
Bottom of Form



Sunday, May 17, 2015

SEBELUM TERJADI KES PENCULIKAN PADA MULA MERANCANG NAK MAKAN DIRESTORAN OCEAN KING...KATA JAMES RATIB

OLEH: SHAIMON S JUMADI


GAMBAR HIASAN  SAHAJA

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sugut, Datuk James Ratib berkata beliau bernasib baik kerana tidak pergi awal untuk makan malam di restoran makanan laut Ocean King pada malam kejadian penculikan itu.

Bercakap kepada The Sabah Insider Portal Online  semasa ditemui memberitahu pada mulanya dia sudah merancang untuk makan malam bersama isteri dan rakan-rakan tetapi rancangannya untuk pergi ke restoran popular itu, hanyalah pada jam 8.30 malam.

Ini katanya, menjadi kebiasaan kepada beliau untuk makan di restoran berkenaan apabila berada di rumahnya di Taman Fulliwa, Batu 3, dekat sini, selain pergi ke restoran-restoran lain.

Bagaimanapun, hasrat untuk makan dibatalkannya serta-merta selepas mendapat tahu berlakunya kes penculikan di restoran itu melalui aplikasi WhatsAap yang dihantar pada ketika itu.

"Saya pun menghubungi rakan-rakan untuk mendapatkan kesahihan samada betul atau tidak insiden penculikan seperti mana gambar yang mereka hantar kepada saya.

"Apa lagi, saya pun terkejut dengan apa yang berlaku lantas membatalkan niat untuk pergi makan makan di restoran tersebut.

"Mujur saya tidak merancang awal untuk pergi ke restoran itu ... kalau tidak, tak tahu apa yang berlaku. Apa yang saya dapat ucapkan, alhamdulillah tanda syukur kepada Allah Yang Maha Esa," ujarnya yang juga turut berada di luar Restoran Ocean King bagi meninjau kejadian yang berlaku itu. 






GAMBAR MANGSA PENCULIKAN. Salah seorang jadi mangsa penculikan oleh kumpulan Abu Sayyap  Puan Thien Nyuk Fun


MUSA MINTA KERAJAAN PERSEKUTUAN HANTAR ASET KELENGKAPAN UNTUK ESSCOM

OLEH: SHAIMON S JUMADI

 SIDANG MEDIA.....Ketua Menteri Sabah Musa Aman semasa sidang media  mengenai penculikan bersama Pegawai-Pergawai Tinggi Esscom

SANDAKAN: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman, berkata insiden penculikan perlu dihentikan serta-merta agar negeri ini tidak lagi dibelenggu dengan sebarang kejadian yang mengancam keselamatan rakyat.

Beliau berkata, aset termasuk kelengkapan sesuai perlu dihantar segera kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) bagi membolehkan kawalan keselamatan yang lebih bersepadu dapat dijalankan khususnya di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah dihubunginya susulan kes penculikan yang membabitkan dua warga tempatan iaitu seorang lelaki dan seorang wanita diculik sekumpulan lelaki bersenjata di Restoran Ocean King, dekat sini, lewat petang Khamis itu.  

"Saya sudah menghubungi Datuk Seri Najib berikutan kejadian penculikan yang berlaku di mana kita minta agar aset sesuai untuk ESSCOM patut diberikan segera supaya pengawalan keselamatan lebih kukuh.

"Ini penting seperti mana kita meminta helikopter berbentuk entri yang ada di Kuala Lumpur itu, dihantar ke Sabah.

"Kita tidak mahu negeri ini terus dibelenggu dengan kejadian sebegini rupa. Justeru, orang ramai juga perlu memberikan maklumat yang cepat supaya pihak berkuasa keselamatan dapat mengambil tindakan segera," jelasnya.

Musa yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri Sabah berkata demikian kepada pemberita semasa sidang media selepas perbincangan di sini, kelmarin yang turut dihadiri ESSCOM dan juga pegawai-pegawai keselamatan yang ada di daerah ini.

Hadir sama ialah Komander ESSCOM, Dato' Abdul Rashid Harun; Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Zabidi Md. Zain dan Ketua-ketua pasukan keselamatan yang lain serta pemimpin setempat.

Kes penculikan yang berlaku di restoran atas air Ocean King kira-kira lima kilometer dari pusat bandar Sandakan telah menggemparkan orang ramai apabila dua warga tempatan, seorang lelaki dan seorang wanita, diculik sekumpulan lelaki bersenjata dalam kejadian lewat petang itu.

Thien Nyuk Fun, wanita berusia 48 tahun dan pelancong dari Sarawak berumur 50 tahun dilarikan sekumpulan empat lelaki dipercayai bersenjatakan pistol dan M16 dengan dua lagi suspek menunggu di bot.

Adalah difahamkan bahawa ketika kejadian wanita yang juga adik ipar kepada pemilik restoran berkenaan berada di kaunter, manakala lelaki terbabit berada di meja makan bersama isteri dan seorang rakan.

Difahamkan, kumpulan bersenjata terbabit muncul secara tiba-tiba dari arah laut dan hanya mengambil masa kira-kira seminit untuk melarikan kedua-dua mangsa dengan sebuah bot laju.

Mereka kemudian dilihat melarikan diri ke arah perairan antarabangsa, dipercayai menghala ke negara jiran.

Menurut saksi, ketika kejadian ada kira-kira 80 pelanggan sedang menikmati makan malam sebelum tiba-tiba muncul empat lelaki bersenjata terbabit.

Semua lelaki terbabit memakai pakaian celoreng tetapi tidak bertopeng dengan seorang daripadanya membawa senapang jenis M16 dan peluru disangkut pada badannya.

"Menyedari kehadiran empat lelaki bersenjata itu, semua pelanggan lari untuk menyelamatkan diri, namun mangsa wanita dan lelaki berkenaan tidak sempat lari,” kata saksi yang dikerumuni pemberita di luar Restoran Ocean King pada malam selepas insiden tersebut.

GAMBAR KELIHATAN Turut berada   ditempat kejadian penculikan itu ialah  Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong 

Antara yang berada di tempat kejadian adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karamunting, Charles O Pang; Adun Sugut, Datuk James Ratib dan Ahli Parlimen Sandakan, Stephen Wong.