Total Pageviews

Tuesday, May 19, 2015

PEMIMPIN MASYARAKAT PERLU BERI LAPORAN KEPADA ESSCOM JIKA ORANG LUAR MENCURIGAKAN.....GESA ZAKARIA

OLEH: AZMI AZMAN


GUM-GUM:-  Pemimpin-pemimpin masyarakat di perkampungan pesisiran pantai dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gum Gum diminta menyalurkan maklumat berhubung kehadiran orang luar atau individu-individu yang mencurigakan di kawasan mereka kepada pihak keselamatan atau ESSCOM.

Bercakap selepas  beliau merasmikan program Hari Keluarga Kampung Semawang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris mengingatkan  para pemimpin masyarakat agar tidak melindungi sebarang kegiatan jenayah atau Pendatang Tanpa Izin (PATI) di kawasan masing-masing.

“Masyarakat perlu terus bekerjasama dengan pasukan keselamatan dan ESSCOM dengan memberikan maklumat agar sebarang ancaman dapat ditangani,” tambah Zakaria yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri.

Kata beliau lagi, pihaknya tidak akan berkompromi jika didapati terdapat pemimpin yang melindungi sebarang kegiatan jenayah atau Pendatang Tanpa Izin (PATI) di kawasan masing-masing memandangkan perbuatan itu menggugat keamanan dan ketenteraman awam.

Zakaria juga menasihati penduduk-penduduk pesisir pantai dalam kawasan DUN Gum Gum supaya tidak panik ekoran kejadian penculikan dua rakyat tempatan di Restoran Ocean King di Pasir Putih Khamis lepas.


“Keadaan keselamatan di pantai timur Sabah termasuk Sandakan masih terkawal dan pasukan keselamatan dan ESSCOM telah mempertingkatkan langkah-langkah keselamatan di perairan ESSZONE,” tambah beliau.

Beliau mahu masyarakat di pesisiran pantai khususnya Ketua Kampung serta pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) agar sentiasa peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling di perkampungan masing-masing.

Monday, May 18, 2015

MELENGAH-LENGAHKAN MASA KERJA DIANGGAP PERANGAI BURUK KEPADA SIPELAKNUNYA

KERJA BERLENGAH-LENGAH
TIDAK BERDISPLIN DAN MENIPU
marah anak sindir menantu~

NUKILAN NURLIYANA ABDULLAH

BEKERJA dengan manusia tidak berdisiplin atau yang melengah-lengahkan kerja harian memang susah dan budaya melengah-lengahkan kerja ini sudah menjadi budaya di rumah dan kemudian dibawa ke tempat kerja memang sesuatu yang dianggap BURUK PERANGAI dan sepatut atasan mengambil tindakan secara tegas agar tidak menjadi ikutan yang lain.
Budaya Jepun cukup tepat waktu dan datang kerja jam 8:00 pagi misalnya dan baliknya juga tepat makna jika berkerja sehari 8 jam maka kena akur waktu itu dan sesiapa yang lewat seminit atau suka balik awal/curi tulang kena tulis surat tunjuk sebab dan jika 3 kali berulang tanpa mahu perbaiki maka terbaik sila berhenti atau majikan kena bertindak pecat.
Ketua juga kena tunjuk disiplin sebab ketua itu merupakan contoh buat bawahan dan jika ketua juga suka mengakal, maka yang di bawah juga akan melakukan apa yang ketua lakukan dan jangan fikir sendiri sebagai ketua boleh melakukan sesuka hati apa dimahu.
Soal tidak datang kerja satu hal dan paling buruk ialah ada yang tidak mengikut peraturan seperti bercuti tanpa mengisi borang dan tanpa kelulusan dan ini satu perbuatan yang salah.
Harusnya isi borang dan pastikan ketua sain dan baru bercuti.
Yang bercuti duluan tanpa kelulusan itu boleh diambil tindakan tatatertib dan kena keluarkan surat tunjuk sebab kepada yang berkenaan.
Kekadang tidak mengisi borang ini biasanya niat agar tiada siapa ingat dan semula cuti dikumpul seolah tidak mengambil cuti dan ini biasa dilakukan oleh yang suka mengakal alias menipu dan paling buruk ada yang pura2 sakit padahal sebenarnya tidak sakit.
Kita jangan lupa bahawa kita ini digaji sekian banyak dengan kerja sejumlah 8 jam sehari dan gaji itu adalah halal tetapi jika berkerja waktu tak cukup dengan alasan menghantar ambil anak atau masalah bas dan sebagainya maka itu bukan jawaban yang boleh diterima terutama sekali jika berulang-ulang melakukan hal sama.
Saya memerhatikan di sana sini masalah disiplin ini cukup buruk baik di pejabat kerajaan atau swasta termasuk syarikat dan kalau ini terus dibiar tanpa tindakan agressif, maka agensi, pejabat atau syarikat itu bakal rugi kesan menggaji manusia yang tidak berguna kesan tidak berdisiplin.
Top of Form
Bottom of Form



Sunday, May 17, 2015

SEBELUM TERJADI KES PENCULIKAN PADA MULA MERANCANG NAK MAKAN DIRESTORAN OCEAN KING...KATA JAMES RATIB

OLEH: SHAIMON S JUMADI


GAMBAR HIASAN  SAHAJA

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sugut, Datuk James Ratib berkata beliau bernasib baik kerana tidak pergi awal untuk makan malam di restoran makanan laut Ocean King pada malam kejadian penculikan itu.

Bercakap kepada The Sabah Insider Portal Online  semasa ditemui memberitahu pada mulanya dia sudah merancang untuk makan malam bersama isteri dan rakan-rakan tetapi rancangannya untuk pergi ke restoran popular itu, hanyalah pada jam 8.30 malam.

Ini katanya, menjadi kebiasaan kepada beliau untuk makan di restoran berkenaan apabila berada di rumahnya di Taman Fulliwa, Batu 3, dekat sini, selain pergi ke restoran-restoran lain.

Bagaimanapun, hasrat untuk makan dibatalkannya serta-merta selepas mendapat tahu berlakunya kes penculikan di restoran itu melalui aplikasi WhatsAap yang dihantar pada ketika itu.

"Saya pun menghubungi rakan-rakan untuk mendapatkan kesahihan samada betul atau tidak insiden penculikan seperti mana gambar yang mereka hantar kepada saya.

"Apa lagi, saya pun terkejut dengan apa yang berlaku lantas membatalkan niat untuk pergi makan makan di restoran tersebut.

"Mujur saya tidak merancang awal untuk pergi ke restoran itu ... kalau tidak, tak tahu apa yang berlaku. Apa yang saya dapat ucapkan, alhamdulillah tanda syukur kepada Allah Yang Maha Esa," ujarnya yang juga turut berada di luar Restoran Ocean King bagi meninjau kejadian yang berlaku itu. 






GAMBAR MANGSA PENCULIKAN. Salah seorang jadi mangsa penculikan oleh kumpulan Abu Sayyap  Puan Thien Nyuk Fun


MUSA MINTA KERAJAAN PERSEKUTUAN HANTAR ASET KELENGKAPAN UNTUK ESSCOM

OLEH: SHAIMON S JUMADI

 SIDANG MEDIA.....Ketua Menteri Sabah Musa Aman semasa sidang media  mengenai penculikan bersama Pegawai-Pergawai Tinggi Esscom

SANDAKAN: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman, berkata insiden penculikan perlu dihentikan serta-merta agar negeri ini tidak lagi dibelenggu dengan sebarang kejadian yang mengancam keselamatan rakyat.

Beliau berkata, aset termasuk kelengkapan sesuai perlu dihantar segera kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) bagi membolehkan kawalan keselamatan yang lebih bersepadu dapat dijalankan khususnya di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah dihubunginya susulan kes penculikan yang membabitkan dua warga tempatan iaitu seorang lelaki dan seorang wanita diculik sekumpulan lelaki bersenjata di Restoran Ocean King, dekat sini, lewat petang Khamis itu.  

"Saya sudah menghubungi Datuk Seri Najib berikutan kejadian penculikan yang berlaku di mana kita minta agar aset sesuai untuk ESSCOM patut diberikan segera supaya pengawalan keselamatan lebih kukuh.

"Ini penting seperti mana kita meminta helikopter berbentuk entri yang ada di Kuala Lumpur itu, dihantar ke Sabah.

"Kita tidak mahu negeri ini terus dibelenggu dengan kejadian sebegini rupa. Justeru, orang ramai juga perlu memberikan maklumat yang cepat supaya pihak berkuasa keselamatan dapat mengambil tindakan segera," jelasnya.

Musa yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri Sabah berkata demikian kepada pemberita semasa sidang media selepas perbincangan di sini, kelmarin yang turut dihadiri ESSCOM dan juga pegawai-pegawai keselamatan yang ada di daerah ini.

Hadir sama ialah Komander ESSCOM, Dato' Abdul Rashid Harun; Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Zabidi Md. Zain dan Ketua-ketua pasukan keselamatan yang lain serta pemimpin setempat.

Kes penculikan yang berlaku di restoran atas air Ocean King kira-kira lima kilometer dari pusat bandar Sandakan telah menggemparkan orang ramai apabila dua warga tempatan, seorang lelaki dan seorang wanita, diculik sekumpulan lelaki bersenjata dalam kejadian lewat petang itu.

Thien Nyuk Fun, wanita berusia 48 tahun dan pelancong dari Sarawak berumur 50 tahun dilarikan sekumpulan empat lelaki dipercayai bersenjatakan pistol dan M16 dengan dua lagi suspek menunggu di bot.

Adalah difahamkan bahawa ketika kejadian wanita yang juga adik ipar kepada pemilik restoran berkenaan berada di kaunter, manakala lelaki terbabit berada di meja makan bersama isteri dan seorang rakan.

Difahamkan, kumpulan bersenjata terbabit muncul secara tiba-tiba dari arah laut dan hanya mengambil masa kira-kira seminit untuk melarikan kedua-dua mangsa dengan sebuah bot laju.

Mereka kemudian dilihat melarikan diri ke arah perairan antarabangsa, dipercayai menghala ke negara jiran.

Menurut saksi, ketika kejadian ada kira-kira 80 pelanggan sedang menikmati makan malam sebelum tiba-tiba muncul empat lelaki bersenjata terbabit.

Semua lelaki terbabit memakai pakaian celoreng tetapi tidak bertopeng dengan seorang daripadanya membawa senapang jenis M16 dan peluru disangkut pada badannya.

"Menyedari kehadiran empat lelaki bersenjata itu, semua pelanggan lari untuk menyelamatkan diri, namun mangsa wanita dan lelaki berkenaan tidak sempat lari,” kata saksi yang dikerumuni pemberita di luar Restoran Ocean King pada malam selepas insiden tersebut.

GAMBAR KELIHATAN Turut berada   ditempat kejadian penculikan itu ialah  Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong 

Antara yang berada di tempat kejadian adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karamunting, Charles O Pang; Adun Sugut, Datuk James Ratib dan Ahli Parlimen Sandakan, Stephen Wong.



ADUN KARAMUNTING SOKONG CADANGAN KM MINTA KERAJAAN PUSAT HANTAR KELENGKAPAN ESSCOM

OLEH: SHAIMON S JUMADI

 
KARAMUNTING:-  Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karamunting, Charles O Pang, menyambut baik kenyataan Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Seri Musa Haji Aman yang meminta kerajaan pusat segera menghantar aset termasuk kelengkapan sesuai untuk Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Beliau menegaskan keperluan lojistik ini sangat penting yang membolehkan kawalan keselamatan lebih baik dapat dijalankan terutama melibatkan perairan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

"Saya menyambut baik dengan langkah-langkah yang diutarakan Datuk Seri Musa agar patut aset sesuai untuk ESSCOM dihantar ke Sabah supaya kerja-kerja mengawal keselamatan dapat diberikan tumpuan penuh," jelasnya kepada The Sabah Insider Portal Online semasa ditemui di Sri Libaran, dekat sini, kelmarin.

Sebelum itu, Charles hadir dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan Ketua Menteri membincangkan susulan insiden penculikan di Restoran Ocean King, lewat petang baru-baru ini

Hadir sama pada perbincangan itu Komander ESSCOM, Dato' Abdul Rashid Harun; Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Zabidi Md. Zain dan Ketua-ketua pasukan keselamatan yang lain serta pemimpin setempat.

Kejadian penculikan yang tidak disangka dan mengejutkan masyarakat apabila dua warga tempatan iaitu seorang lelaki dan seorang wanita diculik sekumpulan lelaki bersenjata di restoran atas air yang terletak kira-kira lima kilometer dari pusat bandar Sandakan ini.

Mengulas lanjut, Charles melahirkan keyakinannya kes sebegini akan dapat dibendung berikutan komitmen jitu kerajaan terutama pasukan-pasukan keselamatan yang akan terus menjaga keselamatan daripada terus dicerobohi anasir-anasir luar.

Katanya, masyarakat juga perlu memberikan kerjasama dengan segera menyalurkan maklumat jika berlaku sesuatu di sekeliling mereka bagi membolehkan pihak berkuasa keselamatan menjalankan tindakan.

"Saya yakin pihak kerajaan akan dapat menghentikan serta-merta insiden penculikan yang berlaku asalkan kita semua memberikan kerjasama jitu.

"Saya mengalu-alukan saranan Ketua Menteri yang meminta perlunya disegerakan segala aset termasuk kelengkapan yang sesuai untuk ESSCOM, bagi membolehkan mereka menjalankan tugas mengawal keselamatan pesisiran pantai timur," ujarnya.



JAMES RATIB KEDUA BAHAGIAN UMNO DAN AHLI-AHLI UMNO IKRAR SOKONG NAJIB DAN MUSA

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SUGUT:- UMNO Bahagian Beluran yang diterajui oleh kepimpinan Datuk James Ratib selaku Ketua Bahagian UMNO Beluran berikrar akan taat setia kepada dua orang pemimpin UMNO diperingkat Persekutuan dan Peringkat Negeri iaitu Dato Seri Hj Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak dan Datu Seri Musa Haji  Aman.

James selanjutnya berkata  kedua-dua pemimpin itu bukan saja perlu mendapat sokongan padu dari semua lapisan masyarakat terutama sekali ahli-ahli UMNO di seluruh pelusuk tanah air dan ahli-ahli   pemimpin Barisan Nasional (BN) tetapi perlu dihormati sebagai ketua Negara pemimpin nombor satu di Malaysia dan di Sabah dalam menrajui pemerintahan kerajaan Barisan Nasional.

“Apa yang perlu kita seharus memberikan sokongan yang tidak berbela bagi bagi kedua-dua pemimpin itu walaupun kini terdapat bergeseran politik antara Tun Mahathir dan Dato Najib ini perlu diselesaikan dengan secara baik melalui perundingan dalaman”


“Kita sebagai ahli UMNO/BN kita tidak memihak sesiapa antara Mahathir atau Najib kerana mereka berdua adalah ahli UMNO kalau sentiasa berterusan bercakaran antara satu sama lain tentu hal ini akan  dijadikan senjata oleh musuh-musuh poltik yang sentiasa mencari kelemahan-kelemahan perjuangan UMNO disamping menjadi bahan ejekan mereka” tegas James Ratib.

Beliau berkata demikian pada majlis sambutan hari ulang tahun kedua tahun James Ratib menjadi Ahli Dewan Undangan negeri Sabah setelah memenangi kerusi DUN  Sugut pada PRU 13 lalu.

Wartawan  Kanan The Borneo Sabah Insider.Net yang sentiasa mengikuti perjalanan  pergerakan  James Ratib sebagai pemimpin politik semasa beliau menjadi Ketua Bahagian UMNO sehingga menjadi Wakil Rakyat Sugut memang mempunyai karisma dalam perjuangan politik dipersada tanai air menjurus banyak membangunkan kawasan Sugut dalam aspek pelbagai kemudahan asas untuk dinikmati rakyat keluruan umumnya di Sugut.

Beliau (James Ratib) mempunyai jiwa kesedarhanaan mudah di bawa berbincang bukan saja kepada ahli-ahli UMNO bahkan kepada rakan-rakan media untuk berkongsi segala maklumat.

“Saya mengaku walaupun saya bertugas sebagai wartawan  secara sambilan dengan Beliau (James Tarib) saya amat senang hati kerana beliau tidak cerewet orangnya walaupun banyak berita yang saja buat  dan diterbitkan  diportal online seperti Sabahkini.Net, Free Sandakan Today, The Borneo Sabah Insider.Net dan The Sabah Insider Portal Online ada kalanya kita kongsi idea adakalannya idea sepenuhnya daripada wartawan sendiri namun  tetap diterima asalkan berita-berita tersebut tidak melanggar etika kewartawanan: Jelas Wartawan.


Diharap beliau akan kekal menjadi ADUN Sugut pada menjelang PRU14 sehingga mendapat kedudukan yang baik di dalam Kabinet Negeri   khususnya menjawatan-jawatan sebagai menteri penuh Insya Allah…Amin

AHLI-AHLI DAP DAN MP SANDAKAN SERTAI GOTONG ROYONG BERSIHKAN KAWASAN




OLEH: SHAIMON S JUMADI


MP SANDAKAN....Berjiwa rakyat rajin turun padang banyak bantu  penduduk yang menghadapi pelbagai masalah


SANDAKAN:- Dalam membuat kerja amal seperti gotong royong bagi membersihkan sesuatu kawasan ia tidak terletak dibahu pihak kerajaan semata-mata

Namun ianya boleh dibuat sendiri oleh ahli-ahli pembangkang yang begitu prihatin terhadap sesuatu kawasan atau tempat yang tidak pernah diambil tindakan oleh pihak kerajaan khususnya pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) untuk kerja-kerja penyenggelaraan.

Sebagai Ahli Parlimen Sandakan (DAP) yang dipilih oleh rakyat harus kembali kepengkuan rakyat kita tidak boleh lari daripada memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan rakyat semasa PRU13 lalu walaupun kira ini dipihak pembangkang yang tidak punya peruntukan dana namun kita turut membantu sedaya upaya yang termampu saja” kata Wong  kepada Wartawan Kanan The Borneo Sabah Insider sejurus selepas gotong royong bersama-sama ahli-ahli DAP dan penghuni Rumah Pusat Asuhan Tunas Islam Taman Damai dekat sini pagi tadi.

Gotong Royong yang diketuai Wong bersama ahli-ahli DAP yang lain berjaya membersihkan kawasan sekeliling Pusat Asuhan itu sambil membersihkan longkang dan membaiki pagar yang sekian lama rosak tiada sesiapa yang mahu membaik pulihnya.

Dalam pada itu penjaga Pusat Asuhan Tunas Islam Taman Damai mengucapkan ribuan terima kasih kepada MP Sandakan iaitu Stephen Wong dan rakan-rakan seperjuangan kerana negitu prihati dan rela memerah tenaga untuk membantu membersihkan kawasan sekitar rumah asuhan itu.


“Saya selaku wakil rakyat walaupun dipihak pembangkang soal bantu membantu sesama manusia yang memerlukan saya tidak menghitung warna kulit agama bangsa sama mereka  sokong DAP atau sebaliknya saya tetap membantu seberapa yang mampu lagipun itu sudah jadi tanggungjawab yang saya harus pikul  untuk memenuhi amanah saya sebagai seorang wakil rakyat”{ ujar Wong lagi.

12 ORANG DISELAMATKAN SEORANG LAGI TERKENA TEMBAKAN BOT DARI ARAH PULAU TAGANAK

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:-  Pasukan keselamatan terpaksa melepaskan tembakan   ke arah bot yang dipandu laju diperairan Tanjung Pasir Pulau Berhala dekat sini pagi semalam.
Dalam kejadian itu salah  seorang daripada 12 orang yang lain terkena tembakan dan identitinya  masih belum dikenal pasti dan  12 orang lagi telah dibawa ke Balai Polis untuk sissatan lanjut.
Menurut sumber  pada jam 2.30 pagi pasukan keselamatan sedang melakukan rondaan berhampiran lokasi kejadian dan melihat bot dari arah Pulau Taganak dekat sini, dalam keadaan mencurigakan lalu mengarahkan bot berkenaan berhenti namun pasukan keselamatan tiada pilihan lain melainkan mengejar bot itu sambil melepaskan tembakan amaran keatas  bot yang dipandu laju  macam pelesit.
Bagaimanapun  jurumudi bot  dipercayai hilang kawalan lalu terbalik  menyebabkan 12 orang yang lain turut terjatuh kedalam laut sebelum pasukan keselamatan menyelamatkan mereka semua.
"Hasil daripada  pemeriksaan telah  menemui seorang lelaki di dapati telah tertiarap di atas bot terbabit dengan kecederaan di belakang badan.
Dalam pemeriksaan lanjut mendapati mangsa bersama 12 individu lagi tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri," katanya.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Zabidi Md Zain ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih lagi  dijalankan 

Saturday, May 16, 2015

MP SANDAKAN DESAK MUSA AMAN MINTA BANTUAN KERAJAAN PERSEKUTUAN BANTU SELESAIKAN MASALAH SABAH

OLEH SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Kejadian penculikkan malam tadi yang membabitkan dua warga tempatan seorang lelaki dan perempuan yang berlaku di restoran Ocean King Pasir Putih dekat sini  oleh sekumpulan penculik Abusayyap bersenjata api M16 telah menjadi tanda tanya kepada masyarakat setempat.

BANGSA PALING KEJAM..... tiada dasar  peri kemanusian langsung kalau mahu bunuh orang macam bunuh anak ayam inilah hakikatnya Abu Sayyap

Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong yang turut berada ditempat kejadian semalam setelah menerima panggilan bertanya macam mana penceroboh atau penculik empat orang yang bersenjata api M16 itu boleh masuk ke kawasan perairan Sandakan sedangkan kawalan ketat oleh ESSCOM dipintu masuk lautan Pulau Nunuyan dan Pulau Berhala Laut dipenuhi oleh kawalan rapi oleh Polis Maritim, Navy dan Tentera.
“Saya mahu tanya sama ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Hj Aman sebagai Pengerusi Hal Ehwal Keselamatan Dalam Negeri Sabah yang bertangungjawab sepenuhnya  dalam menjaga keamanan di seluruh Sabah kenapa nampaknya sekarang ini kes penculikkan dan rompakan bersenjata semakin hari kian meruncingkan kenapa pihak ESSCOM yang telah diperuntukan RM600 juta buat kerja macam acuh tak acuh saja” Ujar Wong.

Wong berkata lagi seandainya pihak ESSCOM yang telah ditugaskan menjaga keselamatan diperairan Sabah dari Sandakan sehingga kawasan Ezzone ke Kudat masih tidak cukup terkawal masih  banyak kes-kes samun penculikan yang sukar dibendung.


Selanjutnya Wong menegaskan sebagai Ketua Menteri Sabah bukan sahaja harus  bertanggungjawab beliau, tetapi juga ikhlas mencari penyelesaian untuk menambahbaik keselamatan negeri kita.

Wong juga ingin mengingatkan Musa Aman bahawa kes jenayah telah meningkat dan bertambah serius baru-baru ini, sebagai contohnya, beberapa kes pembunuhan yang dasyat berlaku di Sukau pada bulan April dua kejadian di Ladang Tung Sang  dan satu kes lagi di Ladang Malanking dan kes Ketiga di Ladang Sawit di Lahad Datu.

Rakyat sekarang sudah marah sama kerajaan  tambah Wong kenapa dalam kawasan Bandar begitu mudah pengganas dari lautan sulu  bolos memasuki perairan Sandakan dengan sewenang-senangnya di mana ESSCOM yang mengadakan perintah berkurung (Curfew) dilautan sejauh 50 batu nautika dari daratan. Ini telah menunjukkan keselamatan Sabah telah semakin serius dan ini adalah amat membimbangkan.
 Beliau juga tambah, jika sekarang darat utama Bandar Sandakan boleh dicerobohi dengan begitu senang, maka keselamtan tempat lain di Sabah juga tergugat dan rakyat berasa khuatir.

Wong berkata, Musa Aman sebagai pemimpin berasal dari Sandakan harus mendesak kerajaan persekutuan untuk menyelesaikan masalah ini bekalkan tentera sebanyak manapun  kera mereka  seperti Polis, Maritim, Tentera dan Navy buat serbuan disemua pulau yang ada diperairan Sandakan kerana dipercayai penculik-penculik itu masih berada dipulau-pulau berhampiran bersembunyi

“Nampaknya rakyat di Sabah  sekarang dari segi keselamatan mereka  terang-terang sudah tidak terjamin dan  para pemimpin Barisan Nasional (BN) Persekutuan sering melaung-laungkan Sabah selamat seperti juga  kata  Datuk Sahidan Kassim  Menteri di Jabatan Perdana Menteri katanya  Sabah 100 peratus  dan termasuk penduduknya sentiasa dalam keadaan selamat tiada pengganas  semuanya  selamat,  cakap tak serupa bikin indah khabar dari rupa” tegas Wong lagi.


R FARIDAH PENGERUSIKAN MESYUARAT AJK WANITA UPKO KINABATANGAN SIRI II 2015

OLEH: SHAIMON S JUMADI

TAHNIAH DAN SYABAS.... R Faridah menyerahkan  Sijil Watikah Pelantikan Setiausaha Wanita UPKO Bahagian Kinabatangan Puan Bibi Simen.

 
KUAMUT: Mesyuarat  Pergerakan  Wanita UPKO Bahagian P187 Kinabatangan bagi Siri II 2015  telah dilangsungkan kelmarin dikediaman Datuk Masiung Banah Di Astana High dekat sini.

Mesyuarat yang berjalan hampir lebih dua jam itu telah dipengerusi sendiri oleh Ketua Pergerakan UPKO Kinabatangan Puan R Faridah Saidin.
 
Sebelum mesyuarat dimulakan Faridah  mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli-ahli Jawatankuasa Wanita UPKO seramai 22 orang kerana sudi melapangkan masa untuk hadir sama bagi  menjayakan mesyuarat itu  berjalan dengan lancer.

Katanya kita sebagai Wanita UPKO adalah merupakan tulang belakang dan tunjang perjuangan UPKO Bahagian untuk memantabkan perjuangan politik kita dipersada tanah air khususnya di kawasan Kinabatangan/Kuamut  dan negeri Sabah.

“Dalam pada itu kita harus menyokong sepenuhnya pucuk pimpinan yang diterajui oleh Presiden UPKO beliau tidak lain tidak bukan Datuk Masung Banah yang juga merupakan ADUN Kuamut”

“Kami selaku pergerakan Wanita UPKO Kinabatangan berikrar akan tetap setia atas pimpinan Datuk Masung sebagai Presiden UPKO yang juga merupakan rakan kongsi dalam perjuangan Barisan Nasional (BN)” Ujar Faridah.

Antara agenda yang dibincangkan pada mesyuarat tersebut ialah Menerima setiap laporan Zon Wanita UPKO, Laporan Biro Wanita UPKO  dan lawatan kerja  Ke Daerah Ranau.
                        

Sambil itu Faridah mengucapkan terima kasih kepada Masiung Banah kerana sudi membenarkan rumahnya untuk digunakan mesyuarat itu.


Sejurus selepas mesyuarat Faridah telah mengadakan upacara penyampaian sijil watikah pelantikan sebagai Setiausaha Wanita UPKO Kinabatangan kepada Puan Bibi Simen.

Friday, May 15, 2015

Stacy Kini SAH Memeluk Agama Islam



OLEH: KAMARUL ZAMAN ABDULLAH


KUALA LUMPUR:- Hajat dan nawaitu Stacy  hendak memeluk Islam akhirnya tercapai juga kini Stacy sah  memeluk Agama Islam  

Agak mengejutkan juga apabila terbaca berita Stacy memeluk Islam. setelah disiasat, akhirnya admin menjumpai artikel asal yang telah memuatnaik berita Stacy kini beragama Islam. Alhamdulillah dan tahniah diucapkan, semoga Stacy terus belajar dan tetap iman dalam menjadi dan menjalani kehidupan sebagai seorang muslimah.
 

Berikut adalah petikan dari artikel tersebut,


"Allahuakbar, sudah Islam Stacy (Stelly), kini namanya Nur Aisyah Rabiah, sebagai insan ke-216 memeluk Islam sepanjang misi dakwah ini. Beliau dipimpin syahadah oleh Nur FarHana Ambiang sebentar tadi di Keningau.

Nur Aisyah tertarik memeluk Islam apabila sering melihat abangnya, Muhammad Amin (Andrea) solat. Muhammad Amin memeluk Islam Januari lalu. Alhamdulillah.


Wartawan hiburan The Sabah Insider Portal Online mengucapkan syukur kehadrad Illahi semoga Stacy diberkat Allah setelah memeluk Agama Islam.


LAWATAN PM KESABAH HANYA KEMPEN UNTUK DIRINYA MERAIHKAN SOKONGAN AHLI-AHLI UMNO/BN SAJA.... DAKWA WONG

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Naijb Tun Abdul Razak  ke Sabah baru-baru ini disifatkan sebagai berkempen untuk dirinya sendiri bagi mendapat sokongan padu daripada ahli-ahli komponen BN untuk mengekalkan jawatannya sebagai Perdana Menteri yang terlalu banyak dilanda masalah dalaman.
 
Jelas menunjukkan beliau gagal memaklumkan sebarang pembangunan untuk Sabah dan ini lawatannya tidak membawa sebarang makna  bagi orang-orang Sabah dan juga ramai pemimpin BN mengam-ampu pada ketika itu” Dakwa Ahli Parlimen Kawaswan  Sandakan (DAP) ketika diminta mengulas berhubung lawatan tersebut.

Wong yang juga Timbalan Pengerusi DAP Sabah selanjutnya memberi komen bahawa, Perdana Menteri datang ke Kota Belud dan Tawau untuk berkempen, kerana beliau menghadapi masalah besar tentang 1MDB di Semenanjung Malaysia.

Beliau juga mengkritik kelakuan beberapa pemimpin BN yang mengangkat-angkat Perdana Menteri amat menjijikkan, antaranya Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan Abdul Rahman Dahlan yang berkata "Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah Perdana Menteri yang paling baik dalam sejarah", dan beliau kuat mengampu-ampu Perdana Menteri. 

Wong menegaskan bahawa, menteri dan pemimpin BN Sabah patut memahami keadaan Sabah, mereka bukan sahaja tiada menyuarakan masalah dan memperjuangkan demi rakyat semasa Perdana Menteri melawat ke Sabah, malah hanya berupaya untuk mengampu-ampu, ini amat mengecewakan rakyat Sabah.

Pada pandangan beliau, Perdana Menteri sepatutnya mengumumkan rancangan-rancangan pembangunan untuk meningkatkan negeri Sabah ketika melawat ke Sabah, bukanlah bersusah payah mendapatkan berpuluh-puluh ribu orang dan membazirkan wang untuk berkempen.

Beliau berkata, pelbagai masalah di Sabah tidak dapat diperbaiki sejak 6 tahun Perdana Menteri memerintah, apatah lagi menyelesaikan masalah. Masalah pendatang tanpa izin, laporan RCI, Dasar Kabotaj yang dilaksanakan melebihi 30 tahun, infrastruktur dan lain-lain, terutamanya isu pendatang tanpa izin, tindakan yang dapat dilihat ialah operasi serbuan yang tidak dapat mengatasi masalah secara menyeluruh.

Wong berpendapat bahawa,  menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin BN negeri dan persekutuan sepatutnya menyalurkan masalah kepada Perdana Menteri semasa kedatangan beliau, rakyat memilih mereka bukan untuk mengangkat-angkat Perdana Menteri.

Wong sebagai Pengerusi Impian Sabah DAP, pernah melawat ke kawasan pedalaman luar bandar dan mendapati keadaan kemiskinan di situ adalah amat menggemparkan, ini adalah masalah yang tidak dapat diselesaikan atau diperbaiki sejak penubuhan Malaysia selama 52 tahun.

Semasa Malaysia ditubuhkan, dijanjikan bahawa akan mendapat pembangunan dan kemajuan serentak dengan Semenanjung, tetapi hari ini, terdapat banyak kawasan pedalaman di Sabah, keadaannya tidak dapat dibayangkan.

Beliau juga berkata, setelah 52 tahun Malaysia ditubuhkan, bukan sahaja menjadi salah sebuah negeri yang paling miskin, malah ketinggalan 30 tahun berbanding dengan Semenanjung, terutamanya kawasan pedalaman dan luar bandar, dimana kemudahan yang paling asas tidak diberi perhatian dan dipertingkatkan contohnya di kawasan pedalaman seperti Matunggung dan Kudat di beberapa buah kampung tidak mempunyai bekalan air bersih sehingga penduduk menggali air semata-mata mencari air yang bercampur lumpur sebagai sumbar air minum dan sebaginya.

Wong berkata, semasa lawatan Perdana Menteri, seorang pemimpin PBS Matunggong, memuatnaikkan isu tentang penduduk tidak mempunyai wang untuk memohon bekalan air, lalu terpaksa menggali telaga dan mengguna air tanah kuning, ini amat menyindirkan.


Selain itu, tidak lama dahulu, penduduk tempatan juga menggunakan kereta lembu, mengheret pesakit untuk mendapatkan rawatan perubatan, kes-kes seperti ini, adakah Perdana Menteri dan pemimpin BN Sabah juga tidak tahu? Perdana Menteri berjumpa dengan rakyat di Kota Belud, tidak jauh dari Kota Marudu  yang paling menyindirkan ialah, Timbalan Presiden PBS Datuk Maximus adalah Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Beliau percaya, masalah ini hanya sebahagian kecil daripada bilangan itu, ramai rakyat di kawasan pedalaman Sabah yang masih menghadapi banyak kesukaran, kerajaan negeri dan persekutuan BN  tidak membantu.

Beliau berkata, Rancangan Malaysia ke-11 akan dibentangkan pada 21 Mei, kini masih tidak tahu tentang rangka pembentangan.

Menurut Rancangan Malaysia ke-10, kerajaan BN telah berjanji untuk membekalkan kawasan luar bandar di Sabah 99% tenaga elektrik dan 98% bekalan air bersih, serta 2540 km jalan raya asfalt, Rancangan Malaysia Ke-10 akan tamat selepas enam bulan, dapatkah kerajaan BN menepati janji? Ini amat menyangsikan.

Wong menyatakan bahawa, Perdana Menteri berasa berhutang kepada Sabah, tetapi Sabah masih dianggap sebagai “negeri deposit”, diharapkan Perdana Menteri bukan sekadar bercakap sahaja dan membuli rakyat Sabah.

Beliau juga menasihati para pemimpin BN Sabah, jangan hanya mengampu-ampu dan mengabaikan nasib rakyat, jika tidak akan dihukum rakyat