Total Pageviews

Monday, September 29, 2014

ROGOL WANITA BARU HABIS PANTANG DIDAKWA DIROGOL POLIS, RELA DAN ANGGOTA PERTAHANAN AWAM


By Admin


SANDAKAN: Polis menahan tiga lelaki, masing-masing anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan RELA kerana disyaki merogol seorang wanita di sebuah hotel, di sini, Isnin lalu.

Suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan di sekitar bandar ini pagi tadi, susulan laporan polis yang dibuat oleh wanita warga asing berkenaan, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, tiga suspek terbabit yang menjalankan rondaan di bandar ini dikatakan menahan wanita berusia 21 tahun itu untuk pemeriksaan.

Bagaimanapun, wanita itu gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri menyebabkan dia dipaksa melakukan hubungan seks dengan suspek sebagai syarat untuk dilepaskan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Senior Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman, berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.


Mangsa yang berusia 21 tahun dikatakan dipaksa melakukan hubungan seks dengan mereka jika mahu dilepaskan kerana kesalahan tiada dokumen pengenalan diri.

Kejadian berlaku sekitar jam 1 pagi di Sandakan, Isnin minggu lalu.

Suspek berusia 27 hingga 37 tahun ditahan selepas mangsa membuat laporan polis.

Berita di atas apabila dibaca mungkin dianggap satu kes terpencil namun apabila video memaparkan seorang saksi kejadian menceritakan apa sebenarnya berlaku pada hari tersebut menjadi viral ramai orang mula memperkatakan tentangnya.

Rata-rata yang menonton video ini mengutuk perlakuan manusia yang sepatutnya melindungi keselamatan negara ini.

Meski pun yang teraniaya adalah warga asing ia bukan sahaja melanggar undang-udang yang sepatutnya ditegakkan mereka malah perbuatan ini amat kejam kerana mangsa baru dua bulan melahirkan bayi. Sudahlah begitu, telefon bimbit dan wang RM60 wanita malang itu pun dirembat sekali!

Masih ramai yang menggalas tanggung jawab diberikan dengan ikhlas kerana sayangkan negara dan malu untuk mencemarkan uniform yang mereka pakai dengan melakukan perkara tak sepatutnya. - 

No comments:

Post a Comment