Total Pageviews

Monday, September 29, 2014

ANGGOTA POLIS,RELA DAN JPAM BERI CONTOH TERBAIK BUKAN TERLIBAT MEROGOL


OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Sepatutnya sebagai anggota keselamatan baik Polis Rela dan Jabatan Pertahanan  Awam Malaysia (JPAM)  tugas mereka adalah melindungi orang awam inilah adalah amanah yang ditelah berikan bukan pula membinasakan orang awam.

Kes rogol  yang membabitkan  tiga orang iaitu seorang anggota Polis, Rela dan JPAM terhadap seorang wanita umur 21 tahun yang belum habis pantang  didakwa telah dirogol bergeliri-gilir di sebuah hotel disini  baru-baru ini.

Perbuatan yang dilakukan oleh ketiga-tiga anggota Polis, Rela dan JPAM ialah telah mencemarkan nama  baik ketiga-tiga pasukan itu sepatutnya mereka memberi contoh dan tauladan yang baik kepada masyarakat bukan berkelakuan yang tidak senono  sehingga merogol apa faedahnya yang kamu dapat.

Ketua Wanita  Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Tanjung Papat Puan Salina Titi (Gambar) berkata demikian ketika diminta mengulas satu kejadian yang benar-benar memalukan itu ketiga jabatan berkenaan.

“Kenapa sampai boleh  jadi begini kenapa tergamak berbuat demikian yang telah menyalahi undang-undang  dan kini siapa yang terima padahnya  ramai di luar sana  ramai perempuan  orang belum habis pantang baru dua bulan melahirkan anak sudah dirogol baru  bergilir-gilir lagi” katanya.

“Baru yang merogol orang yang berpakaian  baju seragam Polis, Rela dan JPAM perbuatan kami ibaratkan  kerana setitik nila rosak susu sebelanga yang sedihnya walaupun mereka itu orang pendatang tetapi mereka juga mempunyai hati dan perasaan jangan fikir mereka itu perempuan pendatang senang-senang saja kamu buat mentang-mentang kamu polis, Rela dan JPAM boleh buat sesuka hati saja” tegasnya.

Tambahnya lagikKalau begini dimana letaknya maruah seorang anggota polis, rela dan JPAM yang selama ini disanjung tinggi oleh masyarakat  macam menatang minyak yang penuh ekoran kejadian itu sudah tentu masyarakat tidak akan yakin terhadap sama ada anggota rela, JPAM adan Polis ini yang dikatakan harapkan pagar, pagar  pula  makan tanaman.



No comments:

Post a Comment