Total Pageviews

Monday, September 29, 2014

500 ORANG PENDUDUK AKAN JADI PELARIAN DITEMPAT SENDIRI KERANA TANAH MEREKA DI RAMPAS

OLEH: THOMAS SUNGGIOK

RANAU:- Ekoran pencerobohan tanah adat (NCR) di ketiga buah kampung antaranya Kampung Sinurai, Kampung Mayan dan kampung Malinau di bawah ADUN Ranau   Kerajaan negeri akan berusaha mencari penyelesaian terbaik bagi menangani isu hak dan pengurusan tanah yang dihadapi penduduk di Kampung Sinurai, Ulu Sugut dekat sini.
Anggota Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin berkata beliau akan menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan pihak berkaitan bagi membantu menyelesaikan isu penduduk di kampung itu yang tanah mereka kini dipercayai 'dimiliki' syarikat perladangan dari Semenanjung.
Ewon, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, berkata penduduk kampung terbabit sepatutnya diberi kembali hak pemilikan tanah di kampung itu.
"Saya sebagai anggota Parlimen Ranau meminta orang kampung bersabar dan kerajaan negeri akan mencari penyelesaian terbaik kepada masalah ini,' katanya.
Sebelum ini, terdapat laporan dalam media sosial bahawa penduduk kampung terbabit menyuarakan aduan terdapat sebuah syarikat perladangan dari Semenanjung memasuki kampung itu dan mengusir mereka dari tanah itu.
Sebuah akhbar tempatan hari ini turut melaporkan lebih 500 penduduk dari beberapa kampung terutama di Kampung Sinurai, Kampung Wayan dan Kampung Malinsau merayu kerajaan menerusi wakil rakyat dan Jabatan Tanah dan Ukur supaya campur tangan menyelesaikan pertikaian pemilikan lebih 400 hektar tanah yang diusahakan penduduk sejak 1960-an.
Seramai 500 penduduk  yang membabitkan tiga buah kampung tersebut perlu mendapat pembelaan sewajarnya jika tidak mereka pastinya akan menjadi pelarian di tempat sendiri.
 Sejak kerajaan Barisan Nasional memerintah di negeri Sabah  sejak dari tahun 1994 sehingga kini orang-orang semenanjung telah melakukan pencabulan hak-hak asasi dan merampas tanah-tanah adat milik orang –orang  kampung  untuk jadikan ladang sawit  besar-besaran.

Yang sedih bila para penduduk enggan berpindah pihak polis telah menyebelahi taukey  berkenaan sehingga sanggup menembak satu persatu penduduk  dan ini menampakan polis di Sabah ini lebih kejam daripada regim Israel kerana mereka suka-suka mahu membunuh para penduduk kampung dengan sewenang-wenangnya tidak man sudah keadilan.

“Saya  selaku taukey punya pemilik baru tanah ini memang akan membayar kepada polis untuk menembak satu persatu penduduk yang enggan berpindah ini adalah keputusan mahkamah kami terpaksa akur  untuk memusnahkan para penduduk yang engkar” Kata Mr Leong

Terdahulu, Ewon melancarkan Projek Peningkatan Kapasiti Penjanaan Ranau di pejabat Sabah Electricity Sdn Bhd di sini.


No comments:

Post a Comment