OLEH: AZMI AZMAN
GUM-GUM:- Pemimpin-pemimpin masyarakat di perkampungan
pesisiran pantai dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gum Gum diminta
menyalurkan maklumat berhubung kehadiran orang luar atau individu-individu yang
mencurigakan di kawasan mereka kepada pihak keselamatan atau ESSCOM.
Bercakap selepas beliau merasmikan program Hari Keluarga Kampung Semawang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris mengingatkan para pemimpin masyarakat agar tidak melindungi sebarang kegiatan jenayah atau Pendatang Tanpa Izin (PATI) di kawasan masing-masing.
“Masyarakat perlu terus bekerjasama dengan pasukan keselamatan dan ESSCOM dengan memberikan maklumat agar sebarang ancaman dapat ditangani,” tambah Zakaria yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri.
Kata beliau lagi, pihaknya tidak akan berkompromi jika didapati terdapat pemimpin yang melindungi sebarang kegiatan jenayah atau Pendatang Tanpa Izin (PATI) di kawasan masing-masing memandangkan perbuatan itu menggugat keamanan dan ketenteraman awam.
Zakaria juga menasihati penduduk-penduduk pesisir pantai dalam kawasan DUN Gum Gum supaya tidak panik ekoran kejadian penculikan dua rakyat tempatan di Restoran Ocean King di Pasir Putih Khamis lepas.

“Keadaan keselamatan di pantai timur Sabah termasuk Sandakan masih terkawal dan pasukan keselamatan dan ESSCOM telah mempertingkatkan langkah-langkah keselamatan di perairan ESSZONE,” tambah beliau.
Beliau mahu masyarakat di pesisiran pantai khususnya Ketua Kampung serta pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) agar sentiasa peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling di perkampungan masing-masing.
No comments:
Post a Comment