OLEH: SHAIMON S JUMADI
GAMBAR HIASAN SAHAJA
SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)
Sugut, Datuk James Ratib berkata beliau bernasib baik kerana tidak pergi awal
untuk makan malam di restoran makanan laut Ocean King pada malam kejadian
penculikan itu.
Bercakap kepada The Sabah Insider Portal
Online semasa ditemui memberitahu pada
mulanya dia sudah merancang untuk makan malam bersama isteri dan rakan-rakan
tetapi rancangannya untuk pergi ke restoran popular itu, hanyalah pada jam 8.30
malam.
Ini katanya, menjadi kebiasaan kepada beliau
untuk makan di restoran berkenaan apabila berada di rumahnya di Taman Fulliwa,
Batu 3, dekat sini, selain pergi ke restoran-restoran lain.
Bagaimanapun, hasrat untuk makan
dibatalkannya serta-merta selepas mendapat tahu berlakunya kes penculikan di
restoran itu melalui aplikasi WhatsAap yang dihantar pada ketika itu.
"Saya pun menghubungi rakan-rakan untuk
mendapatkan kesahihan samada betul atau tidak insiden penculikan seperti mana
gambar yang mereka hantar kepada saya.
"Apa lagi, saya pun terkejut dengan apa
yang berlaku lantas membatalkan niat untuk pergi makan makan di restoran
tersebut.
"Mujur saya tidak merancang awal untuk
pergi ke restoran itu ... kalau tidak, tak tahu apa yang berlaku. Apa yang saya
dapat ucapkan, alhamdulillah tanda syukur kepada Allah Yang Maha Esa,"
ujarnya yang juga turut berada di luar Restoran Ocean King bagi meninjau
kejadian yang berlaku itu.
GAMBAR MANGSA PENCULIKAN. Salah seorang jadi mangsa penculikan oleh kumpulan Abu Sayyap Puan Thien Nyuk Fun
No comments:
Post a Comment