Total Pageviews

Sunday, September 28, 2014

MP SANDAKAN WONG DAN ROMBONGAN MENGHADIRI MAJLIS PERKAHWINAN SUKU KAUM BAJAU

OLEH: SAIMON S JUMADI
 
SANDAKAN:-  Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong bersama sombongannya  telah dijemput menghadiri satu majlis Perkahwinan salah seorang penduduk di Kampung Berhala Laut kelmarin.

Turut hadir sama di majlis tersebut ialah Frankie Poon Naib Pengerusi DAP Sandakan dan Pagawai Khas Parlimen Sandakan Dayang Zubaidah Datu Tahlil.

Kedatangan rombongan ke majlis  persandingan kedua mempelai itu ia yang penuh bermakna kepada keluarga  kedua-dua pengantin kerana seorang Ahli Parlimen walaupun daripada pembangkang namun berjiwa rakyat tidak memilih sesiapa saja mereka ini.


Dengan kehadiran Wong dan rombongan ia mencerminkan jalinan mesra yang perlu dipupuk untuk merapatkan lagi hubungan mesra antara pemimpin dan juga masyarakat setempat.


Untuk menyerikan suasana majlis perkahiwinan pelbagai acara persembahan tarian tradional dari suku kaum Bajau turut  diadakan

No comments:

Post a Comment