Total Pageviews

Sunday, October 5, 2014

DAP SEMAKIN DITERIMA OLEH MASYARAKAT MELAYU/BUMIPUTERA

OLEH: SUHAILAH  HJ OMAR

PULAU PINANG:- Nampaknya Parti DAP semakin hari semakin diterima oleh masyarakat melayu di negara ini bilamana selepas dua orang gadis Melayu menyertai parti DAP, kini Jamila Rahim atau lebih dikenali dengan panggilan Melati Rahim, 22, penulis melayu, turut menyertai DAP.

Melati adalah anak gadis Melayu berpurdah, seorang muslim yang konservatif.

Setiausaha organisasi DAP Kebangsaan Anthony Loke Siew Fook berkata, Melati menghantar borang penyertaan parti pada 30 Sept, dan menyifatkan gaya unik Melati tidak menjejas haluan DAP yang terbuka.

"Setiap orang mempunyai kepercayaan agama masing-masing, kita tidak boleh menghalang kebebasan keagamaan. Gaya seseorang, tidak akan menjejas haluan politik parti."

Anthony berkata hanya mengetahui Melati menyertai parti, tidak berapa jelas dengan latar belakangnya.

Sebelum ini, anak gadis Melayu yang berusia 28 tahun, Dyana, dan anak gadis bertudung Syefura Othman menyertai DAP, kedua-duanya lebih bergaya moden. Dyana merupakan setiausaha politik pemimpin DAP Lim Kit Siang, dan pernah menjadi calon DAP di pilihanraya kecil Teluk Intan.

Semasa ditemuramah  The Sabah Insider. News  Melati berkata menyertai DAP merupakan perkara yang biasa, dan berpendapat bahawa DAP memperjuang demi rakyat, berlainan dengan parti politik yang lain.

Melati berkata, dia menyertai DAP setelah membaca perlembagaan DAP, meneliti tingkah laku dan rumah wakil rakyat DAP, dan juga sikap dan cara wakil rakyat DAP berkhidmat untuk rakyat.


Katanya lagi DAP bukanlah untuk parti orang-orang Cina seperti yang sering didakwa oleh segelintir orang-orang Melayu  sebenarnya DAP adalah  parti untuk semua kaum yang ada di negara ini dan perjuangannya adalah untuk membela nasib rakyat tidak kira Cina, India dan bangsa Melayu khususnya bumiputera.

No comments:

Post a Comment