Total Pageviews

Saturday, September 27, 2014

MPWK P186 SANDAKAN AKAN LAKSANAKAN TIGA PROGRAM SEPANJANG BULAN OKTOBER INI....KATA NORANI

OLEH: SAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Mesyuarat Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) bagi kawasan P186 Sandakan yang diadakan disini petang  tadi yang  dipengerusi sendiri oleh Noraini Sulong yang juga selaku pengerusi MPKW  telah dihadiri seramai 30 orang yang datangnya daripada ahli-ahli parti komponen BN dan termasuk beberapa badan NGO.

Mesyuarat yang mulakan pada jam 2.40  dan berakhir ham 4.20 petang telah membincangkan beberapa perkara  penting antaranya mengenai aktiviti MPWK Sandakan iaitu mengenai sambutan Hari Keluarga yang bakal diadakan di salah sebuah hotel paada 11hb Oktober ini.

Sementara   aktiviti kedua MPWK pada 25hb Oktober bertempat di Dewan Masyarakat Sandakan iaitu pertandingan Kraft Tangan terbuka kepada semua masyarakat setempat.
Manakala aktiviti ketiga MPWK iaitu wanita anti jenayah pada 26hb Oktober ini bertempat di Dewan Masyarakat Sandakan.

Katanya semua aktiviti yang bakal dilaksanakan ini adalah atas arahan dan perintah pihak Kementerian Pembangunan Wanita dan keluarga Malaysia dimana pada bulan Oktber ini nanti ketiga-tiga program tersebut perlu dibuat ini sejajar dengan konsep yang berasaskan perkembangan dunia wanita dalam menuju ke era  globalisasi.

Noraini mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli-ahli parti komponen khususnya daripada PBS, LDP dan badan-badan NGO lainnya kerana sudi melapangkan masa hadir sama ini menunjukkan ahli-ahli komponen BN  benar-benar komited dalam program-progam kemasyarakatan yang berkait rapat dengan  perjuangan dan matlamat Barisan Nasional (BN).

Sementara  Ketua Wanita Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Puan Salina Titi berkata  sebagai rakan seperjuangan dalam parti komponen BN beliau akan sentiasa memberikan kerjasama sepenuhnya  dan sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap kepimpinan Noraini Sulong sebagai Pengerusi MPWK P186 Sandajan yang juga selaku Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan dalam apa jua aktivti-aktiviti yang berkaitan dengan hal ehwal wanita.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Noraini atas kesudiannya menjemput saya untuk hadir ke Mesyuarat ini yang penuh bermakna ini ” ujarnya



No comments:

Post a Comment