OLEH: SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN:- Ketua Wanita
Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Tanjung Papat Puan Saleena Az (gambar) menasihatkan kaum wanita terutama
sekali remaja agar pandai menjaga diri dan akhlak yang mulia.
Sebagai seorang wanita seharusnya
mempunyai nilai-nilai murni dan punyai jati diri yang jitu sebab wanita pada hari ini
sudah setanding dengan kaum lelaki dalam pelbagai aspek.
Saleena berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas satu
kenyataan media yang bertajuk “ Dalam
Tempoh Suku Tahun 2014 Pembuangan Bayi
Sudah Mencecah 26 Kes” seperti yang tersiar diportal The Sabah Insider News
pada 24 September 2014.
Kata Saleen lagi perbuatan ini amat dikesali kerana melibatkan
para remaja perempuan yang terdiri daripada masyarakat Islam yang terlalu
cenderong melakukan perbuatan terkutuk itu.
“Memang gejala masksiat di
mana-mana saja memang berlaku fenomena ini memang sukar dibendung selagi
seseorang itu cetek dalam ilmu pengetahuan agama Islam maka mereka mudah
didorong oleh hasutan iblis untuk melakukan maksiat seperti berzina dengan
bebas dengan pasangan masing-masing walaupun mereka belum lagi menjadi suami
isteri.
ujarnya.
ujarnya.
Selaku Ketua Wanita PBS
Saleena meminta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dengan
kerjasama Jabatan Agama Islam Malysia (JAKIM) agar sentiasa membuat serbuan di
mana-mana saja rumah penginapan, hotel-hotel tak kira hotel bertaraf 1 hingga 5
bintang harus di serbu kerana tempat-tempat inilah ramai remaja melakukan maksiat selain di
taman-taman peranginan.
Katanya ekoran seks rambang
dengan kekasih masing-masing yang belum mughrim tanpa hadnya maka ramai remaja
perempuan jadi rosak ramai yang mengandung kemudian bila melahiran anak, anak
tadi yang tidak berdosa dibuang begitu saja di mana-mana tanpa ada rasa belas kesihan sedangkan binatang yang tidak
punya akal namun mempunyai rasa kasih sayang kepada anak-anak mereka.
No comments:
Post a Comment