OLEH: SHAIMON S JUMADI
TANJUNG PAPAT:- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang melibatkan
Majlis Perbandaran, Majlis Daerah dan Pejabat
Daerah harus tegas dan jangan sesekali berkompromi dengan mana-mana
peminta sedakah atau pengemis jalanan
sama ada melibatkan rakyat tempatan mahupun Pendatang Asing (PATI)
Kerana perbuatan mereka ini
betul-betul bukan saja menjijikan mata memandang bahkan sekaligus mengjatuhkan
imej satu-satu bandar termasuk negara Malaysia sendiri.
Ketua Wanita Bahagian Parti
Bersatu Sabah (PBS) Tanjung Papat (gambar) Saleena Az bercakap dengan wartawan
kanan The Sabah Insider. News pagi tadi ketika diminta pandangannya mengenai
gejala pengemis di negara ini termasuk di Sabah yang tiada kesudahannya.
“Memang agak sukar pihak
Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menangkap para pengemis jalanan kerama
mereka bukan rakyat tempatan entah mahu
diletakan dimana kalau pengemis atau peminta sedakah itu rakyat tempatan ini agak mudah sedikit kerana kerajaan
mempunyai pusat-pusat pemulihan” kata Saleena.
Katanya kita sebagai warga
tempatan sama-samalah kita mencari jalan
alternatif bagaimana untuk mengatasi fenomena ini gar tida menjalar berleluasa
di sana sini.

No comments:
Post a Comment