Total Pageviews

Sunday, September 28, 2014

KEPIMPINAN MUSA TERUS MENDAPAT SOKONGAN PADU DARIPADA PERGERAKAN WANITA UMNO SANDAKAN.....NORAINI


OLEH: AZMI AZMAN

LIBARAN:-  Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sandakan akan terus memberikan sokongan  yang tidak berbelah bagi  terhadap kepimpinan  Datuk Seri Musa Hj Aman selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah.

Sejak UMNO Sabah diterajui oleh Musa  perjalanan UMNO di seluruh  Sabah   telah bertambah kukuh  dan ini membuktikan  bahawa semua Pergerakan  Wanita UMNO yang ada di Sabah ini  terus memberikan sokongan padu terhadap kepimpinan beliau.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan Noraini Sulong berkata  demikian sejurus selepas menghadiri Mesyuarat Perwakilan UMNO Baahagian Libaran Kali 11 yang diadakan di Dewan Sri Aman Kg Sungei Kayu pada tadi.

Katanya Wanita UMNO yang merupakan tulang belakang kepada perjuangan UMNO kita harus lebih komited dalam memainkan peranan kita untuk sama-sama bergerak maju kedepan bagi mempertabatkan dan menguatkan lagi jentera-jentera  parti untuk berdepan musuh-musuh politik yang sentiasa mahu menggugat perpaduan yang sedia terjalin.



“Saya mewakili Pergerakan Wanita UMNO Sandakan akan berikhrar taat setiasa kami kepada pucuk pimpinan YAB Datuk Seri Musa Hj Aman bukan saja sebagai jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah bahkan kami menyokong jawatannya sebagai Ketua Menteri Sabah kerana mentadbir negeri Sabah dengan cukup baik banyak membawa pelbagai kemajuan dalam aspek pembangunan infrastruktur yang kini telah dinikmati oleh rakyat jelata” ujarnya.

No comments:

Post a Comment