OLEH SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN:- Kejadian
penculikkan malam tadi yang membabitkan dua warga tempatan seorang lelaki dan
perempuan yang berlaku di restoran Ocean King Pasir Putih dekat sini oleh sekumpulan penculik Abusayyap bersenjata
api M16 telah menjadi tanda tanya kepada masyarakat setempat.
BANGSA PALING KEJAM..... tiada dasar peri kemanusian langsung kalau mahu bunuh orang macam bunuh anak ayam inilah hakikatnya Abu Sayyap
Ahli Parlimen Sandakan (DAP)
Stephen Wong yang turut berada ditempat kejadian semalam setelah menerima
panggilan bertanya macam mana penceroboh atau penculik empat orang yang
bersenjata api M16 itu boleh masuk ke kawasan perairan Sandakan sedangkan
kawalan ketat oleh ESSCOM dipintu masuk lautan Pulau Nunuyan dan Pulau Berhala
Laut dipenuhi oleh kawalan rapi oleh Polis Maritim, Navy dan Tentera.
“Saya mahu tanya sama ketua
Menteri Sabah Datuk Seri Musa Hj Aman sebagai Pengerusi Hal Ehwal Keselamatan
Dalam Negeri Sabah yang bertangungjawab sepenuhnya dalam menjaga keamanan di seluruh Sabah kenapa
nampaknya sekarang ini kes penculikkan dan rompakan bersenjata semakin hari
kian meruncingkan kenapa pihak ESSCOM yang telah diperuntukan RM600 juta buat kerja
macam acuh tak acuh saja” Ujar Wong.
Wong berkata lagi seandainya
pihak ESSCOM yang telah ditugaskan menjaga keselamatan diperairan Sabah dari
Sandakan sehingga kawasan Ezzone ke Kudat masih tidak cukup terkawal masih banyak kes-kes samun penculikan yang sukar
dibendung.
Selanjutnya Wong menegaskan
sebagai Ketua Menteri Sabah bukan sahaja harus bertanggungjawab beliau, tetapi juga ikhlas
mencari penyelesaian untuk menambahbaik keselamatan negeri kita.
Wong juga ingin mengingatkan
Musa Aman bahawa kes jenayah telah meningkat dan bertambah serius baru-baru
ini, sebagai contohnya, beberapa kes pembunuhan yang dasyat berlaku di Sukau
pada bulan April dua kejadian di Ladang Tung Sang dan satu kes lagi di Ladang Malanking dan kes
Ketiga di Ladang Sawit di Lahad Datu.
Rakyat sekarang sudah marah sama kerajaan tambah Wong kenapa dalam kawasan Bandar begitu mudah pengganas dari lautan
sulu bolos memasuki perairan Sandakan
dengan sewenang-senangnya di mana ESSCOM yang mengadakan perintah berkurung (Curfew)
dilautan sejauh 50 batu nautika dari daratan. Ini telah menunjukkan keselamatan
Sabah telah semakin serius dan ini adalah amat membimbangkan.
Beliau juga tambah, jika sekarang darat utama
Bandar Sandakan boleh dicerobohi dengan begitu senang, maka keselamtan tempat
lain di Sabah juga tergugat dan rakyat berasa khuatir.
Wong berkata, Musa Aman
sebagai pemimpin berasal dari Sandakan harus mendesak kerajaan persekutuan untuk
menyelesaikan masalah ini bekalkan tentera sebanyak manapun kera mereka seperti Polis, Maritim, Tentera dan Navy buat
serbuan disemua pulau yang ada diperairan Sandakan kerana dipercayai
penculik-penculik itu masih berada dipulau-pulau berhampiran bersembunyi
“Nampaknya rakyat di
Sabah sekarang dari segi keselamatan
mereka terang-terang sudah tidak
terjamin dan para pemimpin Barisan
Nasional (BN) Persekutuan sering melaung-laungkan Sabah selamat seperti juga kata Datuk Sahidan Kassim Menteri di Jabatan Perdana Menteri katanya Sabah 100 peratus dan termasuk penduduknya sentiasa dalam keadaan selamat tiada pengganas semuanya selamat, cakap tak serupa bikin
indah khabar dari rupa” tegas Wong lagi.
How do you make money off the house and how do I make money
ReplyDeleteThere is 춘천 출장샵 no real income tax rate for many 여수 출장안마 income and dividends, but 하남 출장안마 the หาเงินออนไลน์ tax rate 보령 출장샵 for income-earners can vary depending on