OLEH: SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN:- Pasukan keselamatan terpaksa melepaskan
tembakan ke arah bot yang dipandu laju diperairan
Tanjung Pasir Pulau Berhala dekat sini pagi semalam.
Dalam
kejadian itu salah seorang daripada 12
orang yang lain terkena tembakan dan identitinya masih belum dikenal pasti dan 12 orang
lagi telah dibawa ke Balai Polis untuk sissatan lanjut.
Menurut
sumber pada jam 2.30 pagi pasukan
keselamatan sedang melakukan rondaan berhampiran lokasi kejadian dan melihat
bot dari arah Pulau Taganak dekat sini, dalam keadaan mencurigakan lalu mengarahkan
bot berkenaan berhenti namun pasukan keselamatan tiada pilihan lain melainkan
mengejar bot itu sambil melepaskan tembakan amaran keatas bot yang dipandu laju macam pelesit.
Bagaimanapun
jurumudi bot dipercayai hilang kawalan lalu terbalik menyebabkan 12 orang yang lain turut terjatuh
kedalam laut sebelum pasukan
keselamatan menyelamatkan mereka semua.
"Hasil
daripada pemeriksaan telah menemui
seorang lelaki di dapati telah tertiarap di atas bot terbabit dengan kecederaan
di belakang badan.
Dalam
pemeriksaan lanjut mendapati mangsa bersama 12 individu lagi tidak mempunyai
sebarang dokumen pengenalan diri," katanya.
Ketua
Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Zabidi Md Zain ketika dihubungi
mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih lagi dijalankan
No comments:
Post a Comment