OLEH: SHAIMON S JUMADI
TAHNIAH DAN SYABAS.... R Faridah menyerahkan Sijil Watikah Pelantikan Setiausaha Wanita UPKO Bahagian Kinabatangan Puan Bibi Simen.
KUAMUT:
Mesyuarat Pergerakan Wanita UPKO Bahagian P187 Kinabatangan bagi Siri II 2015 telah
dilangsungkan kelmarin dikediaman Datuk Masiung Banah Di Astana High dekat
sini.
Mesyuarat yang berjalan hampir
lebih dua jam itu telah dipengerusi sendiri oleh Ketua Pergerakan UPKO
Kinabatangan Puan R Faridah Saidin.
Sebelum mesyuarat dimulakan
Faridah mengucapkan jutaan terima kasih
kepada ahli-ahli Jawatankuasa Wanita UPKO seramai 22 orang kerana sudi melapangkan
masa untuk hadir sama bagi menjayakan
mesyuarat itu berjalan dengan lancer.
Katanya kita sebagai Wanita
UPKO adalah merupakan tulang belakang dan tunjang perjuangan UPKO Bahagian
untuk memantabkan perjuangan politik kita dipersada tanah air khususnya di
kawasan Kinabatangan/Kuamut dan negeri
Sabah.
“Dalam pada itu kita harus
menyokong sepenuhnya pucuk pimpinan yang diterajui oleh Presiden UPKO beliau
tidak lain tidak bukan Datuk Masung Banah yang juga merupakan ADUN Kuamut”
“Kami selaku pergerakan
Wanita UPKO Kinabatangan berikrar akan tetap setia atas pimpinan Datuk Masung
sebagai Presiden UPKO yang juga merupakan rakan kongsi dalam perjuangan Barisan
Nasional (BN)” Ujar Faridah.
Antara agenda yang dibincangkan
pada mesyuarat tersebut ialah Menerima setiap laporan Zon Wanita UPKO, Laporan
Biro Wanita UPKO dan lawatan kerja Ke Daerah Ranau.
Sambil itu Faridah
mengucapkan terima kasih kepada Masiung Banah kerana sudi membenarkan rumahnya
untuk digunakan mesyuarat itu.
Sejurus selepas mesyuarat Faridah telah mengadakan upacara penyampaian sijil watikah pelantikan sebagai Setiausaha Wanita UPKO Kinabatangan kepada Puan Bibi Simen.
No comments:
Post a Comment